Saturday 5 March 2011

Happy Birthday Danish n Qaisara

Hari ni harijadi anak perempuan bongsuku, Nur Adrianna Qaisara yg ke 2. Tapi tak de buat apa-apa sebab plan nk sambut skali dgn harijadi si kakak Syafiqa yg jatuh pd 18 Mac ni. Lagipun harijadi si abang Danish baru je sambut pd 9 Februari lepas. Tulah, anak2 Anis ni dekat2 je tarikh lahirnya.. Kalau tiap2 kali nk sambut.. sakitt jugak, hehe..

Tapi.. yg kelakarnya, hari ni genap si  kecik tu umur 2 tahun, dia buat sesuatu yg x disangka2. Petang tadi, Anis sibuk kt dapur buat biskut oat coklat request dr anak2. Si Danish pergi main kt rumah jiran sebelah, Syafiqa n Qaisara tgh main kt ruang tamu.. Tgh khusyuk wat biskut, tetiba kakak Syafiqa jerit 'Mama,Sara potong rambut!!!'. Anis pun apalagi.. terus lari ke ruang tamu, tgk2 dh bertaburan rambut kt atas lantai. Tgk rambut dh tobek2..Nasib baik tak sampai botak. Pandai pulak dia potong rambut guna gunting kertas kakak dia. Hmm.. Sara.. Sara.. Ada2 aje..

Anyway.. sempena hari ulangtahun anak mama yg ke 2 hari ni, mama ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan semoga menjadi insan yg berguna pd agama, bangsa dan negara.. Amin..

Wednesday 2 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - tak sabar nak tengok!


Saya memang suka tengok filem-filem aksi. Antara sebab sy tak sabar nk tonton filem epik ni sebab memang dari dulu kagum dengan kreativiti syarikat produksi KRU Studios yg sentiasa menghasilkan filem lain dari yg lain. Walaupun mungkin tak setanding filem luar negara tapi masih boleh dibanggakan. Lebih2 lg sy memang minat dgn heroin filem ni, Ummi Nazeera. Sy mmg suka tengok dia berlakon dlm drama Nur Kasih dan Awan Dania, dia byk menggunakan ekspresi dalaman. Lgpun bg saya, bila seseorg pelakon tu jrg muncul dlm lakonan, akan menaikkan nilai eksklusifnya. Bukan x popular ye.. tp eksklusif. Ini pendapat sy la..


Lg satu, sy suka sangat dgn lagu tema filem ni nyanyian Anuar Zain iaitu 'Sedetik Lebih'. Bait2 katanya sungguh membuai perasaan..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Masalahnya, mcm mana sy nak tengok filem ni kt panggung. Si kecik Qaisara tu bukan boleh dibawak masuk panggung. Nanti asyik ajak keluar je (dh terkena masa tengok filem Narnia kt TGV Bkt Tinggi). Terpaksa gilir2 dgn hubby keluar panggung.. Hmm.. mungkin kalau x sempat tengok, tunggu je la kt Channel Astro First, byr RM15 boleh tengok byk kali, ramai2.. heheh.. jgn mare..




Sunday 27 February 2011

Cuti-cuti Malaysia - Cameron Highlands

Percutian ni semasa school holiday yg lalu. Ini merupakan first time kami dtg ke sini except my hubby.  Kami menginap semalaman je.. tapi hati cukup seronok tengok anak2 happy. Rasanya semua parents pun mcm tu juga, senyuman dan tawa riang anak2 adalah kepuasan bg kita, betul x? Okeylah, apa kata kita enjoy beberapa pic yg smpt snap di tpt2 yg 'wajib pergi' kt sana..
 

 Di Ladang Teh Bharat Plantation. Masa ni kaki dah tak larat nak berjalan, tapi sbb nk ambik gambar kenangan terpaksalah digagahkan jugak..

Membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Acik Ain a.k.a. the babysitter, Danish, Alesya dan Sara.

 @ Butterfly Farm. Masa ni Danish sedih sebab rama-rama kesayangan dia dah terlepas entah ke mana..?

Di ladang strawberi. Nasib kami kurang baik sebab strawberi yang masak dah habis org petik. Kempunan la nak merasa memetik buah strawberi.. Beli yang dah siap pack jela..

                                                  Posing kat bilik hotel sebelum balik.