Wednesday 2 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - tak sabar nak tengok!


Saya memang suka tengok filem-filem aksi. Antara sebab sy tak sabar nk tonton filem epik ni sebab memang dari dulu kagum dengan kreativiti syarikat produksi KRU Studios yg sentiasa menghasilkan filem lain dari yg lain. Walaupun mungkin tak setanding filem luar negara tapi masih boleh dibanggakan. Lebih2 lg sy memang minat dgn heroin filem ni, Ummi Nazeera. Sy mmg suka tengok dia berlakon dlm drama Nur Kasih dan Awan Dania, dia byk menggunakan ekspresi dalaman. Lgpun bg saya, bila seseorg pelakon tu jrg muncul dlm lakonan, akan menaikkan nilai eksklusifnya. Bukan x popular ye.. tp eksklusif. Ini pendapat sy la..


Lg satu, sy suka sangat dgn lagu tema filem ni nyanyian Anuar Zain iaitu 'Sedetik Lebih'. Bait2 katanya sungguh membuai perasaan..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Masalahnya, mcm mana sy nak tengok filem ni kt panggung. Si kecik Qaisara tu bukan boleh dibawak masuk panggung. Nanti asyik ajak keluar je (dh terkena masa tengok filem Narnia kt TGV Bkt Tinggi). Terpaksa gilir2 dgn hubby keluar panggung.. Hmm.. mungkin kalau x sempat tengok, tunggu je la kt Channel Astro First, byr RM15 boleh tengok byk kali, ramai2.. heheh.. jgn mare..




No comments:

Post a Comment